HTML/Java

ENTER

Monday, February 22, 2010

Photos, photos and more photos! ( Bahasa Malaysia Version)


Link to Us : http://snipr.com/ugt3o

Topik untuk minggu ini ialah laman media sosial untuk perkongsian gambar!

Dan saya akan bercakap tentang, Photobucket!

Apa anda buat apabila anda mempunyai banyak gambar-gambar dan anda mahu menunjukkannya kepada kawan-kawan dan ahli keluarga?? Adakah anda perlu bantuan menyokong gambar-gambar berharga anda?? Kalau begitu, cubalah Photobucket!

Photobucket adalah satu pengacaraan imej, perkongsian foto bebas, perkongsian video dan dan laman web penciptaan slideshow. Ia dicipta pada 2003, dan paling digunakan untuk menkongsi album-album peribadi seseorang pengguna . Photobucket juga banyak digunakan dengan meluas dalam blog, dan juga laman sosial seperti Myspace dan Facebook.

Photobucket menawarkan 500MB ruang simpanan untuk gambar dan juga berjam-jam perkongsian video. Ia dahulunya 1GB, tetapi sama seperti laman-laman lain, mereka mula mengenakan bayaran. Pengguna-pengguna yang memerlukan lebih banyak ruang terpaksa membayar.

Dalam soal privasi, pengguna boleh membuat akaun awam, iaitu membenarkan sesiapa untuk melihat akaun pengguna, atau membuat akaun terlindung yang hanya membenarkan pengguna lain yang terpilih sahaja melihat akuan pengguna.

Photobucket bukan hanya satu-satunya laman media social sebegini dalam pasaran, ia berkongsi pasarannya dengan lebih daripada 30 jenis perkongsian gambar yang lain seperti Flickr, Imej Shack dan Picasa. Pada pendapat saya, Photobucketlah yang paling mersa untuk diguna dan adalah pilihan yang paling popular di kalangan pengguna.

No comments:

Post a Comment