Minggu ini saya hendak berkongsi infromasi tentang media social.
Tangapan orang ramai terhadap media social amatlah berbeza kalau dibandingkan apa yang dapat dilihat dari gambaran yang sebenarnya. Katakanlah kalau seseorang dikalangan komuniti kita kalau disoal apakah itu media social, mereka hanya akan keluar dengan jawapan yang sama iaitu “YOUTUBE”. Jawaban ini diperkuatkan lagi dengan survey yang telah dijalankan tidak lama dahulu.
Blog ini akan memperkukuhkan lagi pengetahuan anda terhadap laman web media social. Blog untuk minggu ini akan mempersembahkan anda dengan Berita Media Sosial. Ini mesti megejutkan kerana berita juga dikategorikan sebagai media social.
Muda-mudi zaman sekarang amat tidak berminat membaca suratkhabar atau pun hanya mengimbas sepintas lalu jadi untuk megatasi masalah generasi muda sekarang yang amat terpengaruh dengan kemudahan IT, cara yang amat mudah ialah membawa berita keriba mereka. Setiap orang akan setuju dengan penyelesaian yang telah dikemukakan.
Kita semua sedar dengan kemudahan dan kecanggihan IT di era sekarang, setiap orang dari setiap pelusuk dunia dapat berhubungan satu sama lain dengan memberi dan bertukar pendapat. Ini bukan sahaja sebagai hiburan tetapi memberi peluang untuk mengembangkan pengetahuan masing-masing.
Salah satu sebab mengapa agensi media membuat kemudahan sebegini supaya mereka tidak akan kehilangan pelangan – pelangan mereka dan juga supaya pelangan mereka akan dapat berita yang tekini pada setiap waktu. Kalau dikutkan perubahan dunia sekarang , tidak lama lagi suratkhabar tidak akan wujud lagi. Orang ramai akan terima perubahan ini kerana ini merupakan harapan orang ramai untuk menerima berita dalam waktu yang amat singkat. Berita Media Sosial akan dan telah membuat perubahan yang amat besar dalam perubahan dunia sekarang.
No comments:
Post a Comment